"Kalau Anak Itu Nak Sakit, Sakit Jugakan" - Intan Salleh Kesal Didakwa Tidak Pandai Jaga Anak

Rozaimi Zubaidi
November 23, 2018 05:15 MYT
Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Salleh mengakui kesal apabila ada pihak yang mendakwa drirnya tidak pandai untuk menguruskan anaknya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Intan tampil menjelaskan masalah dihadapinya dan menafikan dakwaan tidak betul yang dilemparkan oleh orang ramai terhadap dirinya.
"Morning, haihhh kita baru nak ber me time. Hehehe dah ada story. Ok pasal dekmok tak sihat tu, nak cakap macam mana sakit datang bukan kita minta.
"Kalau anak tu nak sakit, sakit jugakkan. Dah terkena time baba diaorang amek tu anak tak sihat nak buat macam mana dan bonda memang pesan tolong bawak anak pergi klinik.
"Pastu ade pulak yang cakap bonda tak pandai jaga anak dan anak tak sihat bonda pergi berjalan-jalan. Alahaiii, macam ni la, hati ibu mana yang senang anak sakit.
"Tak tenang tau walaupun tengah jalan-jalan ni. Tapi ape yang bonda pikir satu je. Selagi dekmok bawah jagaan baba dia, so bonda tak risau sangat lainlah bonda tinggalkan dekat pengasuh ke apa ke kan.
"Tak mau la cakap bonda pergi berjimba tak ingat anak dan tak pandai jaga anak.
"Kalau tak pandai anak-anak bonda tak terjaga la makan pakai dia. Betul tak. Alahaiiiiii, Aish n Aiq buah hati bonda tau. Baru sejam tinggal pun da rindu lagikan pula berhari-hari.
"Tapi nak buat macam mana. Bonda pun kena la cari jalan hiburkan hati sendiri. Kena gak cakap sebab kadang geram jugak sikit-sikit tak pandai jaga anak. Sedih tau kita," tulisnya.
Rata-rata berharap agar Intan tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang ramai dan berharap agar anaknya segera sembuh.
#Ude Wahid #Intan Salleh