Laman Utama

“Kalau Anak You Sakit, Saya Bayar” - Bersikap ‘Husnuzon’ Selepas Disamun, Pemuda Ini Raih Pujian Netizen

gempak
Azwa Rahman
16/08/2021
12:15 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Anak You Sakit, Saya Bayar” - Bersikap ‘Husnuzon’ Selepas Disamun, Pemuda Ini Raih Pujian Netizen
Seorang pemilik bengkel motor dari Rawang yang telah disamun oleh penunggang Grab meraih tumpuan wargamaya kerana bersikap ‘husnuzon’ terhadap pelaku tersebut.
Menerusi laman sosial Twitter, pemuda yang dikenali sebagai Buvan Subramaniam itu kesal dengan tindakan individu tersebut yang menyamun rantai yang dipakai kerana ia hasil pemberian kakaknya.
Menceritakan kejadian itu dengan lanjut, Buvan bertindak mengejar penunggang Grab tersebut namun jauh ditinggalkan.
“Dia samun saya dekat traffic light Tun Teja, masa saya nak pergi ke bengkel. Dia tarik rantai saya, saya kejar dia tapi tak dapat. Rider lain yang cuba kejar pun tak dapat.
“Saya kejar dia sambil menangis. Sebab rantai tu ada kenangan, kakak saya bagi. Dia berkahwin, keluar dari rumah saya dan dia bagi rantai tu.
“Saya pusing area kawasan tu, rumah mana ada CCTV dan jumpa sebuah kedai yang ada CCTV. Tapi saya taknak keluarkan CCTV tu. Orang tak nampak tapi nampak motor Grab dia. No plat dia pun kecik dan tak nampak.
“Kalau video ni jadi viral, tolonglah sampai pada rider tu. Memang saya marah tapi saya fikir situasi dia, mungkinlah anak dia sakit ke, sebab musim pandemik ni semua orang pun susah. Mungkin dia ada masalah pendapatan, situasi dia dah begitu, saya tak boleh nak salahkan dia.
“Kalau you memang susah, sebab anak you sakit ke, masalah keluarga ke, saya bayar you. Saya boleh tolong bayar RM500 tapi tolong bagi balik rantai tu dekat kedai saya. You boleh letak nombor akaun you sekali, masukkan rantai tu.
“Apa pun situasi you, jangan samun. Untuk semua budak rider sekali. Tolonglah fikir sikit, tak senang cari duit. Tujuan saya buat video ni, satu je. Saya nak you insaf dan bagi balik rantai tu, okay,” kata Buvan menerusi satu video. Kejadian yang berlaku pada Sabtu pagi itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya memuji sikap positif yang dipamerkan oleh pemuda tersebut meskipun baru lepas disamun.
Walaupun tengah koyak, dia tetap tenang takde maki hamun, takde sentuh isu sensitif. First class mentality, Salute!” komen seorang wargamaya.
Aku antara regular customer brader ni. Tiap2 bulan aku akan hantar moto aku kat bengkel dia untuk service. Brader ni memang seorang yg bercakap jujur. Baik hati. Lemah lembut. Tengok dari expression muka dia pun dah tahu rantai tu amat bermakna bagi dia. God bless you bro,” puji seorang wargamaya.
Moga si pelaku tak kira apa bangsa pulangkan harta orang.Tapi yang paling terkesima bila penggunaan bahasa dia sangat baik,” ujar seorang wargamaya.
I sumpah respect you. Benda yang ada sentimental value ni kau bayar lah bayar mana tetap tak boleh ganti. Aku doakan brader ni dapat balik rantai dia tu. Semoga murah rezeki kau bang,” tulis seorang wargamaya.
Memang terbaik fikiran positif dan bersangka baik walaupun kamu disamun rantai emas. Semoga pelaku tersebut dapat ditangkap,” doa seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 250,000 tontonan dan 18,000 ulang ciap daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live