Pelawak Man Raja Lawak membuat keputusan untuk menjual kenderaan mewah dan motor berkuasa tingginya demi membantu golongan memerlukan.

Perkara itu dikongsikan Man menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

"Ada pula sahabat boleh tanya, kau jual kereta nanti nak bawa family pergi mana-mana nak naik apa?

"Jawapan saya mudah je, kalau Anju boleh pakai kereta Satria Neo, kenapa pula saya tak boleh pakai Kancil? Janji boleh berlumba ke syurga," kata Man.

Rest jup

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on


Terdahulu, juara Maharaja Lawak Mega 2019 itu terpanggil untuk berkongsi wang tunai hasil kemenangannya itu kepada golongan yang memerlukan.

BACA: Hulurkan Bantuan, Man Raja Lawak Sumbang RM50,000 Hadiah Kemenangan MLM 2019

Mohon bantu saya..untuk bantu org lain.

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on


Sehingga kini, baki wang yang diagihkan melalui akaun media sosialnya itu tinggal lagi RM37,000.

"Saya mohon sangat-sangat janganlah memuji tinggi apa amalan saya buat ni sebab takut mulia di mata manusia, tapi sia-sa di sisi Allah," tambahnya.

Menerusi kejuaraan MLM 2019 bersama ahli kumpulan Puteh yang turut dianggotai oleh Ali Puteh dan Mamak Puteh, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.