Hiburan
"Kalau Apa-Apa Jadi Kat Daddy ..." - Ini 4 Pesanan Beremosi Hairul Azreen Buat Yusuf Iskandar
Pelakon Hairul Azreen menitipkan pesanan khas buat anak sulungnya, Yusuf Iskandar menerusi tulisan di Instagram si cilik itu.
Dalam posting terbabit, pesanan itu ditujukan khas buat Yusuf apabila anaknya sudah boleh membaca kelak.
"Yusuf nanti bila dah boleh baca, Daddy just nak pesan Yusuf sebagai abang yang sulung, Yusuf kena jaga adik kena jaga mommy, jaga si gemok Jibu dengar cakap mommy!
"Sebab kalau apa-apa jadi kat Daddy, Yusuf kena ambil tanggungjawab itu.
"Bila Yusuf rasa takut,sedih, tak tau nak buat apa, ada masalah, doa banyak-banyak pada Allah sebab itu yang kami selalu buat.
"Sentiasa sebut benda yang baik-baik sebab kata-kata itu adalah doa yang melantun.
"Bak kata mommy, jangan mudah give up, cuba yang terbaik yang kita mampu sebab the best never rest," tulis Hairul.
Entri yang menyaksikan Yusuf mendakap adik perempuannya, Alisa Aisyah itu secara tidak langsung turut menyentuh hati netizen.
"Caption itu sedihnya ya Allah. Kita sebagai anak paling sulung ni terasa sangat," tulis salah seorang pengguna.
"Awat caption tangkap leleh sangat ni," tambah @syahiraainaa.
"Ya allah sebaknyaaa baca, semoga Yusuf menjadi anak dan abang terbaik di dunia dan akhirat," sahut pengguna lainnya.
"Bila Yusuf besar Yusuf akan faham kenapa daddy buat caption ni," tambah @afiqzunira.
Hairul dan isteri, Hanis Zalikha menimang cahaya mata kedua pada petang Jumaat lalu yang diberi nama Alisa Aisyah.