Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kalau Apa-Apa Jadi Kat Saya, Jangan Bawa Berarak Anak Saya Begitu” - Haniff Hamzah Komen Video MAEPS Tular

Azwa Rahman
16/01/2021 08:55 MYT
Penyampai radio Era Haniff Hamzah meluahkan rasa kecewanya apabila melihat seorang kanak-kanak lelaki diarak beramai-ramai apabila dia baru kehilangan ayahnya akibat COVID-19.

Menerusi laman sosial Twitter, Haniff berpendapat kanak-kanak harus dilindungi dan tidak perlu dipaksa untuk menjadi kuat.

“Aku tak setuju dengan perkongsian video kanak-kanak yang kehilangan ayahnya dikongsi begitu. Something happens to me don't u parade my child around like that.

“Anak-anak harus dilindungi. Tak perlu memaksa dia untuk kuat. He should be able to feel sad and not pressured by suroundings. Jadi Aku harap kau faham kenapa aku tak setuju,” jelas Haniff lagi menerusi beberapa ciapan.

Semalam sebuah video tular di Twitter apabila seorang kanak-kanak lelaki yang turut positif COVID-19 kehilangan ayahnya telah diarak oleh beberapa orang jejaka serta dibawa mengutip derma kilat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bertempat di pusat kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, kanak-kanak yang bersedih dan kelihatan keliru itu turut diminta membuat tanda ‘thumbs up’ beberapa kali.

BACA: [VIDEO] Ayah Meninggal Sebab COVID-19, Adik Lelaki Ini Dapat Sokongan Dari Pesakit Lain - "Buat Kutipan Derma Kilat & Tahlil Di Dewan"

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap pendapat Haniff tersebut.

Ada yang bersetuju dan ada juga yang berpendapat tindakan dibawa berarak itu adalah untuk menolong kanak-kanak tersebut.

Salam. Clearly bro dekat situ nak tolong adik tu. Ikhlas ke tak tu keja Tuhan. Bersangka baik tu kan lebih baik. Lagipun video tu untuk kita tahu adik tu dalam kesusahan supaya kita boleh tolong dia. Tak boleh bagi donation doa yang baik2 jelah ye bro,” komen seorang wargamaya.

Aku kat situ time ni, cuma tak sure what going on sebab katil aku kat belakang sekali, nampak jugak diaorang jalan2 dengan budak tu, rupanya derma. Maybe niat tu betul but cara can be better. Yang aku happy kite semua berkumpul buat tahlil,” ujar seorang wargamaya.

I understand your concern. I am with you. Situasi ini akan menghantui si kecil. Lagi2 bila dirakamkan. Cara orang dewasa berfikir tak sama dengan mereka. Kita tak tahu bagaimana calarnya emosi dia nanti. Niat memang baik, tapi mesti dahulukan kepentingan si kecil,” sokong seorang wargamaya.

Memandang dari sudut positif aku pulak. Bila tengok video tu aku always keep remind on myself to appreciate semua orang termasuk mak ayah aku. Jadi kita berbeza pendapat,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Haniff tersebut telah menerima hampir 12,000 ulang ciap serta 20,000 tanda suka daripada warga Twitter.

#Haniff Hamzah #COVID-19 #MAEPS
;