"Kalau Apak Masih Ada Tentu Tak Akan Ada Orang Nak Main-Mainkan Aku" - Alyah Luah Rasa Di IG... Kenapa Ni?
Rozaimi Zubaidi
20/11/2018 03:59 MYT
20/11/2018 03:59 MYT
Penyanyi dan isteri kepada Datuk Ramli MS, Datin Alyah memuat naik status yang mengundang tanda tanya pada para pengikutnya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Alyah seolah-oleh memberi bayangan bahawa dirinya telah dipermainkan oleh seseorang dan dia juga penat berpura-pura menunjukkan kebahagiaan kepada umum.
"Kalau Apak masih ada tentu tak akan ada orang nak main-mainkan aku," tulisnya.
Dalam pada itu menerusi muat naik di Insta Stories, Alyah juga mengakui bahawa dirinya juga telah penat dan berharap agar orang ramai tidak menasihatinya kerana mereka tidak rasa apa yang dilalui olehnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata beranggapan bahawa Alyah mempunyai masalah dengan rumah tangganya dan mereka berharap agar dia tabah menempuhi ujian dalam kehidupan berumah tangga.
Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Hassan telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia.