"Kalau Asyik Nak Rekod Momen Dengan Anak, Laki Pula Kelaparan" - Isteri Black Ada Sebab Jarang Upload Gambar Dengan Anak

Amri Hassan
Julai 26, 2018 04:34 MYT
Isteri kepada penyanyi Black, Cira Khairy punyai sebab sendiri jarang memuat naik gambar dan videonya bersama anak.
Jelas Cira, dia enggan terlalu taksub dengan media sosial demi membuktikan kehidupannya sebagai seorang ibu hingga mengabaikan tanggungjawab hakiki lain.
"Ada beberapa orang DM cakap saya tak macam Black selalu update pasal anak.
"Pendek kata tak suka layan anak dan tak motherhood.
"Kalau saya asyik nak record moment saya dengan anak, rumah saya tak akan bersih, baju bersepah, laki kelaparan, baju show cari dalam mesin basuh dan lain-lain.
Tambahnya, biarlah kenangan dan detik-detik bersama keluarga menjadi kenangan antara mereka bersama.
"Tak perlu saya nak tunjuk-tunjuk sebab biarlah kenangan itu antara saya, suami dan anak saja," kata Cira lagi.
Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada September 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Khaleef Daiyyan, 3.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @cirakhairy
#Black #Cira Khairy #Khaleef Daiyan