Pelbagai respons positif yang diterima dalam kalangan peminat yang cukup teruja dengan kehadiran filem Jebat.

Mana tidaknya, ia merupakan sebuah naskhah yang diangkat menerusi drama bersiri popular Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang pernah mencuri tumpuan ramai kira-kira enam tahun lalu.

BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat

Bagi salah seorang pengikut setia drama tersebut, Siti Amirah Mohd Said, katanya, kemunculan filem tersebut membuatkan dirinya terkenangkan arwah bapanya yang merupakan pengikut setia karya gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose itu.

Katanya, arwah bapanya itu mungkin merupakan insan yag cukup gembira sekiranya masih ada pada hari ini, apatah lagi ia ditayangkan sama tarikh dengan ulang tahun kelahirannya.

"Arwah baba saya peminat setia cerita ini, versi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Pukul 10 malam Isnin sampai Khamis setia dia menunggu depan televisyen.

"Sanggup tidur pukul 11 malam, hanya kerana Jebat dan Mastura. Kalau baba masih ada mesti dia paling suka keluar filem ini. Mula tayang pula 3 September, ulang tahun kelahirannya," cerita.

Perkara itu dikongsikan Siti Amirah menerusi ruangan komen di Instagram Sharnaaz yang ketika itu berkongsi khabar gembira mengenai jumlah kutipan tayangannya.



BACA: Filem Jebat Kutip RM2 Juta Dalam 11 Hari Tayangan, Memang Terbaik!

Komen tersebut kemudian turut mendapat perhatian Sharnaaz.

"Al-Fatihah buat arwah baba. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin,' balasnya.

Dalam pada itu, bagi anda yang belum menyaksikan Jebat, jom tonton di Astro First menerusi saluran 480 hari ini!

BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat

Apapun, jika nak ambil 'mood' Jebat, anda boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

“Sumpah tak bosan, kelakar gileeee la?” Wahh meriah betul korang yang dah tengok filem Jebat ye.. Yang lain bila nak tengok? Jangan lupa share review korang pulak okay! JEBAT KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! Anda juga boleh menonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta di gempak.com/video atau di On Demand! @penacreativepictures @khanmancungr @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on