Pelakon kacak, Fendy Bakry mengakui dia membaca novel Kan Kukejar Cinta Kamu karya novelis Fauziah Ashari sebelum melangkah ke set penggambaran drama bersiri terbabit.
"Sebelum ke set penggambaran, saya membaca novel tersebut untuk mendapat kefahaman mengenai jalan cerita. Karyanya sangat bagus dan novel itu mempunyai peminat tersendiri.
"Kalau penonton baca novel, kisah yang dipaparkan lebih daring memandangkan ceritanya berkisarkan mengenai kisah suami isteri. Namun begitu, versi drama bersiri agak terhad kerana telah divisualkan oleh tenaga produksi," kata Fendy.
Pertama kali bergandingan dengan aktres Amyra Rosli, Fendy senang mendapat keserasian dengan isteri kepada pelakon Amar Baharin itu.
"Saya tak pernah berlakon dengan Amyra, Kan Kukejar Cinta Kamu menjadi karya pertama. Sebelum masuk set penggambaran, saya pernah berjumpa Amyra di studio tarian untuk berlatih kerana dalam drama bersiri terbabit, kami perlu menjayakan babak tarian.
"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya senang bekerjasama dengan Amyra. Dia sangat baik dan profesional," kata Fendy lagi.
Kan Kukejar Cinta Kamu merupakan drama bersiri adaptasi novel dengan judul sama karya novelis terkenal, Fauziah Ashari.
Sebelum ini, Fauziah cukup popular dengan novel hebat Ombak Rindu yang pernah diadaptasikan ke layar perak sekitar tahun 2011.
Selain Amyra dan Fendy, pelakon lain yang terlibat dalam drama bersiri ini ialah Dalimawati, Hafidz Roshdi, Mia Nasir, Syamim Farid dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan Kan Kukejar Cinta Kamu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Gunakan hashtag #KanKukejarCintaKamu #KKCK di laman sosial untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini.
Kamaruddin Razal
Wed Jan 09 2019


Ramai Menangis Cikgu Kongsi Terima 3 Biji Kismis, Nasi Goreng Telur Sebagai Hadiah Hari Guru
Sambutan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2022 ternyata masih diraikan dalam kalangan pendidik dan anak anak murid.

“Aku Tak Involve Tapi…”- Puji Tiga Janda Melawan Dunia, Pengarah Razaisyam Berani Bagi Refund Balik Duit Tiket Kalau Rasa Tak Berbaloi!
Razaisyam Berani Bagi Refund Balik Duit Tiket Kalau Rasa Tak Berbaloi!

“Wanita Belum Kahwin Tolong Jauhi Lelaki Kolot & Selfish Macam Ni” – Dr Say Bidas Lelaki Tular Lebihkan Kawan Dan Abaikan Isteri
Ramai yang geram isu lelaki dakwa isteri tak bagi melepak.

MATEEN & HADI - Operasi Nak Raya | Di Sebalik Tabir
Korang nak tahu macam mana Mateen & Hadi di sebalik tabir? Jom kita saksikan video penuh ni sekarang! #Mateendanhadi

“Sebelum Tu Ustaz Bacakan Doa Hembuskan Pada…”- Netizen Dakwa Ustaz Kazim Prank, Makeup Artist Tampil Jelaskan…
Makeup Artist Tampil Jelaskan…

Nekad Buktikan Duit Tu Bukan Palsu, Usahawan Belanja Bayarkan Barang Dapur! Cash!
Mereka hidup bukanlah menggunakan duit palsu.

Azeem Fahmi Sah Melakukan ‘False Start’, Netizen Tetap Beri Sokongan - “Tak Per Dik, Bangga Kau Dah Sampai Sana”
Come back stronger Azeem.

Bercinta Dengan Suami Orang, Pelakon India Tragis Ditemui Tergantung... Keluarga Dakwa Bukan Bunuh Diri!
Pelakon drama India, Pallabi Dey, 21, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Kolkata, India pada 15 Mei lalu dalam keadaan menggantung diri.

Strim Morbius Di Astro & Berpeluang Menang Hadiah Best Ini!
Pelanggan Astro boleh sewa dan strim filem aksi-pontianak Marvel, Morbius, ditayangkan bermula 19 Mei 2022 di Astro Best (Saluran 481), On Demand dan Astro GO.

“Memang Memalukan Tapi…”- Shiha Zikir Dedah Pernah Kena ‘Sound’ Dengan Pelakon Senior
Siapa pula sound Shiha?