Berita

“Kalau Belajar Sahaja & Tiada Pengalaman Dalam Hidup Tiada Guna Juga Kerana .....” - Ismail Izzani Akui Tiada Rancangan Sambung Belajar

gempak
Rozaimi Zubaidi
26/07/2019
11:21 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Belajar Sahaja & Tiada Pengalaman Dalam Hidup Tiada Guna Juga Kerana .....” - Ismail Izzani Akui Tiada Rancangan Sambung Belajar
Penyanyi Ismail Izzani mengakui tidak mempunyai rancangan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Menurut Ismail, buat masa sekarang dia mahu memberi fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu dan masih belum terfikir untuk menyambung pelajarannya.
“Sebenarnya saya ini bukan seorang yang boleh nak duduk dan belajar sahaja. Saya suka belajar melalui pengalaman sendiri dan juga mendengar pendapat orang ramai.
“Kerana bagi saya kalau belajar sahaja dan tiada pengalaman dalam hidup tiada guna juga kerana dua-dua perkara itu amat penting.
“Buat masa sekarang memang susah untuk saya sambung belajar kerana jadual agak padat dan mungkin tiba masanya saya akan sambung belajar.
“Biarlah saya memberi fokus dahulu kepada kerjaya dan mencari lebih banyak pengalaman,” katanya kepada Gempak.
Ismail berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharunya berjudul Cinta di Forest Valley Hall, di Kajang pada Jumaat.
Sebelum ini, Ismail Izzani mengambil keputusan untuk tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.
Namun penyanyi itu menjelaskan yang keputusannya untuk tidak mengambil peperiksaan SPM bukan bermakna dia membelakangkan pendidikan dan beliau sendiri mempunyai perancangan untuk melanjutkan pelajaran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live