Minggu lalu pelakon Izreen Azminda mengejutkan ramai pihak apabila tiba-tiba memuat naik foto bersama suaminya iaitu pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude lengkap berbaju kahwin dan duduk di atas pelamin seperti berada di majlis perkahwinan.

Pasangan yang lengkap mengenakan baju pengantin hingga tiga persalinan itu bagaimanapun menjelaskan ia hanya sesi fotografi perkahwinan mereka selepas bernikah lebih setahun lalu.

Tidak terhenti di situ, dua hari lalu bekas isteri Ude iaitu Intan Saleh mendapat perhatian netizen apabila turut memuat naik foto lengkap berbaju kahwin di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurutnya, jika dia dipertemukan jodoh sekali lagi, Intan memilih untuk mengenakan songket di hari bahagianya.

“Mungkin kalau berjodohan sekali lagi, bonda pilih songket...Onz ke tak? eceh...” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikut IGnya yang rata-rata berbalah mempertahankan Intan kerana sesi fotografi baju pengantin itu telah dilakukan terlebih dahulu sebelum bekas suaminya.

Malah ramai turut mendoakan moga Intan bertemu dengan jodoh yang baik selepas ini.