Laman Utama

"Kalau Bersalah, Minta Maaf! Tak Jatuh Ego Pun"- Sabri Yunus

gempak
Syafiqah Jalal
14/05/2023
01:05 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Bersalah, Minta Maaf! Tak Jatuh Ego Pun"- Sabri Yunus
Pengarah dan pelakon terkenal, Sabri Yunus, menyifatkan seseorang yang sanggup merendahkan ego untuk meminta maaf atas kerelaannya adalah individu yang mulia dalam Islam.
Malah menurut Sabri, maruah seseorang individu itu tidak akan jatuh jika dia menyedari kesilpannya.
“Bagi saya, betapa penting untuk seseorang meminta maaf... tak jatuh ego pun. Mengaku kesalahan sendiri adalah lebih mulia daripada keseluruhan konteks memohon maaf.
“Kalau bersalah, memanglah kena minta maaf. Jangan takut jatuh maruah. Membuat permohonan maaf sebenarnya mengangkat darjat orang yang meminta maaf itu,” katanya.
Sabri berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Mega Spontan di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.
Sabri dipilih sebagai salah seorang mentor untuk program berkenaan selain Douglas Lim, Zizan Razak dan Kamal Adli. Mereka akan membantu strategi persembahan kumpulan yang menyertai Mega Spontan.
Rancangan berformat game show komedi yang disertai 20 peserta itu dibahagikan kepada empat kumpulan dan dijadual menemui penonton pada setiap Jumaat mulai 19 Mei ini di Astro Warna.
Tambah Sabri lagi, amalan meminta maaf selepas melakukan kesalahan boleh meleraikan segala kekusutan dalam hubungan seseorang dengan masyarakat di sekeliling.
“Minta maaf mungkin suatu perkara yang berat buat seseorang. Tapi kalau kita lepaskan (minta maaf), kita mungkin akan berasa lebih lega,” kata pengarah Pok Ya Cong Codei itu lagi.
Terdahulu, dunia hiburan tanah air menjadi perhatian apabila Hattan dikritik kerana menempelak penyampai berita dari Astro Awani yang menghubunginya bagi mendapatkan komen mengenai kematian Mael XPDC.
Dalam sesi temu bual secara langsung itu Hattan menempelak pembaca berita, Nursyazwani Saiful Sham, yang didakwa penyanyi terbabit sebagai tidak membuat kajian sebelum mengemukakan soalan.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) menggesa Hattan membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya tersebut yang dianggap biadab.
Bagaimanapun, wujud juga pihak yang beranggapan tiada keperluan untuk Hattan meminta maaf kerana ia boleh mencalarkan imejnya sebagai penyanyi senior.
Hattan, 58, sehingga kini tidak memberi sebarang komen apabila diajukan mengenai hal itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live