"Kalau Betul Dah Lama Keluar Surat Khabar" - Chef Wan Sifatkan Dakwaan Serina Terlibat Kartel Dadah Sebagai Fitnah
Asraf Aided
17/04/2021 06:14 MYT
17/04/2021 06:14 MYT
Chef terkemuka, Datuk Chef Wan tampil memberi kenyataan berhubung isu anaknya, Serina Redzuawan yang didakwa terlibat dengan kumpulan kartel dadah.
Menurut Chef Wan, dakwaan itu tidak benar dan dia telah menerima khabar berunsur fitnah mengenainya sejak lebih sebulan lalu.
"Seminggu ini saya terima macam-macam berita palsu berunsur fitnah konon Rina (Serina) terlibat dengan gang kartel dadah siap dengan gambar-gambar polis dan segala ceritanya.
"Sejujurnya, saya sudah terima ini lebih sebulan lalu daripada orang yang tak dikenali.
"Konon juga polis tapi nak saya rahsiakan nombor telefon dia dari Rina, jadi, Rina sudah buat laporan polis mengenai perkara ini," tulisnya menerusi Instagram.
Kata Chef Wan, sekiranya dakwaan itu benar, pastinya ia sudah diuar-uarkan oleh pihak media.
"Jika betul dah lama berita ini keluar dalam surat khabar, such rubbish...
"Dia tahu apa siapa yang buat ini dan akan mengambil tindakan," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Chef Wan juga memberi amaran kepada pihak terlibat untuk berhenti menghantar bahan-bahan fitnah kepadanya.
"Hentikan menghantar semua bahan-bahan fitnah kerana saya sudah sertakan laporan polis (dalam entri tersebut).
"Harap dapat menutup mulut dan menghentikan kebodohan menyebarkan berita palsu ini," tulisnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa kesal dan menasihati Chef kesayangan ramai itu untuk bersabar.