Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

"Kalau Betul Dia Istimewa, Dia Berhak Ke Tanah Suci, Bercinta & Berkahwin" - Awal Ashaari

Amri Hassan 05/02/2020 | 04:50 MYT
Pengacara dan pelakon Awal Ashaari menggesa agar pihak berkuasa segera melakukan sesuatu untuk menamatkan kontroversi yang membabitkan kecelaruan jantina.
Kata Awal, isu terbabit semakin serius hingga menjadi isu negara dan diperkatakan umum.
"Orrang yang buat kontroversi senyum, satu Malaysia cakap pasal dia. Lagi banyak orang pertikai, lagi tinggi saham dia.
"Kita perlu hentikan perkara ini. Semua benda yang dia buat menjadi isu negara dan bukannya dalam aspek yang positif.
"Mungkin Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) boleh tolong selesaikan isu ini juga.
"Dulu sudah jadi isu sekali dan Jakim panggil buat pertemuan, tapi tak tahu apa keputusannya.
"Ini pergi umrah dan jadi isu lagi. Esok lusa, kalau dia kahwin pula akan jadi lagi?" tulisnya.
Saranan Awal itu juga demi kebaikan bersama semua pihak termasuk individu yang sedang namanya menjadi sebutan ramai khususnya usahawan kosmetik Nur Sajat.
"Apa kata kita tolong selesaikan isu ini supaya rakyat Malaysia tidaklah terkejut dengan semua tindak tanduk dia. Kasihan juga kalau betul dia istimewa seperti yang dia katakan, dia berhak untuk ke Tanah Suci Makkah, bercinta dan berkahwin.
"Saya bukan nak sibuk, tapi saya penat apabila baca surat khabar, ada benda-benda yang kurang ilmiah dan mungkin tak timbul isu sekiranya ia hanya berkaitan jantinanya.
"Namun, isu ini menjadi kecoh kerana membabitkan agama Islam dan Tanah Suci Makkah.
'Bila sudah selesai, nak buat apa pun orang takkan pertikai," katanya.
Ahad lalu, nama Nur Sajat menjadi kontroversi apabila mengenakan pakaian jemaah wanita di Makkah ketika mengerjakan umrah sehingga tular di media sosial.
#Viral #Awal Ashaari #Nur Sajat #Viral
;