“Kalau Betul Nak Cerai Buat Cara Baik” - Suami Nynaa Harizal Dakwa Ada Pihak Ketiga Yang...
Dengan situasi rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak, suami kepada pelakon Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas akui rela melepaskan isterinya.
Walau bagaimanapun menurut Fahmi, Nynaa haruslah mengikut prosedur yang betul.
"Saya ni lelaki, kalau perempuan sudah tak nak, untuk apa saya mahu terus kekal berada dalam perhubungan itu.
“Tetapi sebagai suami, saya akan berusaha cari jalan penyelesaian.
"Datanglah berjumpa saya, berbincang di rumah yang kita duduki selepas berkahwin.
“Bukan di rumah keluarga dia atau keluarga saya. Kalau tidak, jumpa di luar pun tak apa,” katanya.
Jelasnya, apa yang dia mahu adalah untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian bersama.
“Kalau betul nak cerai, buat cara baik. Dia failkan penceraian cara baik, tetapi tindakannya?
“Kenapa tiada berbincang atau berkomunikasi dengan saya? Dia kata tak boleh keluar daripada Johor Bahru, kenapa tak boleh keluar?.
“Benda ini buat saya tertanya kenapa perkara ini boleh berlaku. Adakah ada hasutan pihak ketiga,” katanya.
"Antara alasan Nynaa untuk bercerai adalah kami tiada persefahaman dan saya telah menderanya secara emosi dan fizikal.
“Kami baru dua bulan berkahwin. Kami tak pernah bertengkar atau bergaduh besar.
“Saya tak pernah menghalangnya untuk keluar bekerja, termasuk berjumpa rakan. Malah saya ada bukti kemesraan mereka sepanjang tempoh kehidupan berumah tangga.
"Enam jam sebelum Nynaa di bawa ke Johor, kami masih bermesej seperti biasa. Dia (Nynaa) siap tanya saya sama ada nak makan kerana dia nak bungkuskan makanan yang banyak di lokasi,” katanya.
Fahmi berkata demikian pada sidang media khas yang diadakan di Menara Berkembar Bank Rakyat, baru-baru ini.
Sekadar info, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu.
Walau bagaimanapun pada 3 November lalu, Fahmi mendakwa isterinya 'dilarikan' oleh bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama di Setia Alam, Selangor.
Dalam perkembangan lain, Nynaa dalam satu kenyataan media pada Khamis lalu menafikan dakwaan suaminya serta menyifatkan ia sebagai kenyataan yang tidak benar.
Malah, pelakon itu turut memfailkan permohonan cerai dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.