Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Kalau Betul Susah, Tak Pakai Kereta, Tak Ada iPhone, Tak Duduk Kondo, Semi D" - Nabila Huda Akui Dirinya Juga Hampir 'Broke', Minta Rakan Industri Bersabar

ZULHILMI JALIL 21/05/2020 | 08:46 MYT
Sebaik kerajaan memberi kebenaran kepada penggiat industri seni untuk memulakan aktiviti penggambaran semula, pelbagai respons yang diterima.
Ada yang menyambut berita itu dengan gembira, bahkan ada juga antara anak seni yang meluahkan rasa bimbang dengan keputusan yang dibuat kerajaan tersebut.
Bagi aktres Nabila Huda, dia merasakan bahawa agak sukar menjayakan babak-babak dalam lakonan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
"Kalaulah kita dibenarkan untuk kembali shooting kena mengikut SOP, macam mana nak berlakon dengan cara normal baharu? Come on, tak logik. Bukan tak setuju. Faham, semua dah kalut tak bekerja. Saya pun dalam situasi yang sama. Saya rindu nak masuk set.
"Persoalannya, kalaulah kita dijangkiti sewaktu penggambaran? Anda pasti mahu mengambil risiko? Soal nyawa, semua ada keluarga. Kalau keluarga dijangkiti tu adalah perkara yang paling menakutkan. Bayangkan mak ayah kita atau anak dijangkiti kerana kita..tidakkah anda menyesal?," katanya menerusi beberapa ciapan di Twitter.
Menurut Nabila, dia juga terkesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kerana hilang punca pendapatan utama sebagai pelakon.
Begitupun, pada waktu sukar begini, keselamatan diri untuk pastikan masing-masing terus kekal bebas daripada wabak jangkitan penyakit sepatutnya diberikan keutamaan.
"Semua orang tengah susah. Semua tengah zaman kejatuhan. Tapi, tak bolehlah nak complain je. Semua benda tak puas hati. Jangan pentingkan diri sendiri.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya pun rindu nak kerja, saya pun hampir broke. Sama macam anda. Tapi kena move on dan usaha cara lain. Meniaga, buat reviu ke, apa sahaja yang cukup nak beli beras, makanan dan bayar bil semua. Cari duit untuk selesaikan tu je buat masa ini.
"Kalau betul susah, tak pakai kereta, tak ada iPhone, tak duduk kondominium atau semi D. Tak ada semua tu...itu baru susah. Ujian sikit je ni..bersabarlah sikit..sikit je lagi. Insya-Allah kena kuat," katanya.
Pada masa sama, katanya, dia percaya rakan-rakan dalam industri sudah mula memikirkan alternatif untuk meneruskan kelangsungan hidup sejak PKP.
"Sejujurnya, saya gembira tengok rakan-rakan belakang tabir saya, penolong pengarah, jurusolek, wardrobe, sebahagian pengarah yang dah boleh terima hakikat dengan isu tak bekerja ni dengan meniaga online untuk teruskan hidup. Saya rasa terharu sekurang-kurangnya mereka berusaha cari jalan nak cari duit dan mereka berjaya.
"Mereka tak meraih simpati asyik complain tak ada duit, tak ada kerja, tak masak, tak ada barang dapur. Mereka usaha dan kawan-kawan belakang tabir tak perlu risau bab nak jual kuih ke kek sebab dorang ada rakan-rakan artis yang baik dengan dorang, boleh tolong promosikan atau apa sahaja," katanya.
Terdahulu, kerajaan memberi kebenaran untuk penggiat seni memulakan penggambaran semula selepas sambutan Aidilfitri.
BACA: Dengar Keluhan Anak Seni, Kerajaan Benarkan Shooting Selepas Hari Raya, Tapi...
Saksikan drama lakonan Nabila Huda di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Nabila Huda #COVID-19 #Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
;