,
Gaya Hidup

"Kalau Boikot Barang Isra*l, Tak Beli Barang Tempatan Pun Sampah Juga Jadinya" - Dak Ayam Kahau

Amri Hassan
18/11/2023
01:55 MYT
Kreatif serta lantang mempromosikan jenama tempatan miliknya dan syarikat lain, tindakan ahli perniagaan dan pempengaruh, Dak Ayam Kahau atau nama sebenarnya, Iswan Ishak memuat naik sebuah video baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Apatah lagi isu semasa itu bersaling kait dengan tindakan rakyat dunia dan di Malaysia memboikot semua syarikat atau produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel.
Malah gerakan memboikot itu turut menyaksikan ramai individu dan pihak tertentu kembali rancak menyokong pembelian produk tempatan.

Dak Ayam Kahau menyindir

Menerusi video dimuat naik itu ketika mempromosikan jenama pewangi udara jenama bumiputera, Szindore, Dak Ayam Kahau turut sinis menyindir pihak tertentu.
“Tapi kalau boikot tidak menyokong jenama tempatan, ‘sampah’ juga jadinya.
“Malah, sekarang di mana-mana saya nampak ada yang cakap content creator di Malaysia semua ‘bodoh’. Jadi, kenapa kalian saja yang tak boikot, tak payah jadi pencipta kandungan untuk berkongsi perihal memboikot. Sedangkan semua boleh boikot,” katanya sinis.
Dak Ayam Kahau menegaskan lagi dalam video berkenaan, sebagai peniaga dia bukan orang yang berkira untuk melabur duit.
“Orang labur duit untuk beli produk saya. Walaupun saya berniaga bukan untuk produk sendiri, memang tetap kena labur duit.
“Saya sejenis tak berkira melaburkan duit membikin video kerana tahu diri ini berniaga pelbagai jenis barangan.
“Jadi nak boikot, boleh boikot dari sekarang. Tapi bukan boikot main-main. Jenis yang hari ini boikot, esok ada promosi produk yang menyumbang ekonomi negara laknatullah itu dengan harga RM1 percuma satu… kamu semua berebut nak beli,” katanya.
@dakayamkahau2 KORANG DAH START LUPA PASAL BAIKOT KE? #dakayamborak ♬ original sound - DAK AYAM KAHAU

Produk tempatan bermutu tinggi

Tambah Dak Ayam Kahau lagi, kenapa perlu risau memboikot barangan menyumbang ekonomi Israel kerana produk tempatan sendiri sangat bermutu sebagai galang ganti.
“Kalau boikot produk ubat gigi, kita ada produk sama kelahiran anak tempatan. Saya sendiri jual ubat gigi, minyak wangi, pewangi mulut, syampu badan dan macam-macam lagi. Masih ada menyokong dengan membeli.
“Jadi kenapa nak sokong produk luar negara. Apa yang produk luar negara mampu buat, kita pun boleh tandingi. Malah ada produk kita jauh lebih murah.
“Malah saya sekarang akui ada produk pewangi udara yang bertaraf antarabangsa tapi yang menghasilkannya ialah anak tempatan,” katanya.
Dak Ayam Kahau berkata lagi, dia bersyukur produk pewangi udara itu dapat sambutan meriah.
“Ini kerana produk pewangi udara itu berasaskan bauan minyak wangi antarabangsa yang harga mahal.
“Jadi terima kasihlah sebab sokong dan beli pewangi udara itu. Ingat kau boikot, kau kena naikkan jenama tempatan. Selipar pun saya tak beli dari jenama luar negara. Saya pakai jenama tempatan yang ‘level’ no antarabangsa. Kalian saja, boikot tapi tak sokong jenama tempatan… ‘sampah’ ajer,” katanya.
Untuk rekod, jenama Szindore antara produk anak tempatan yang tular kerana sentiasa mengikut ‘trend’ dan kehendak pasaran.
Ia diusahakan 100 peratus milik bumiputera menerusi syarikat Szindore Hq diusahakan sejak 2010 beribu pejabat di Ampang.
Hingga kini lima pewangi udara dan gel mandian diusahakan berasaskan bau minyak wangi jenama antarabangsa merangkumi Sultan Of Sea, Creed Aventus selain aroma buah-buahan citrus, lavender dan nanas.
Jenama ini diakui mempunyai kualiti yang amat dikagumi penguna, ikuti kehendak pasaran dan bercitarasa kreatif melawan arus yang tidak dilakukan syarikat lain.
Tak ketinggalan jenama ini membuka peluang dan membantu mereka yang ingin menjana pendapatan untuk menceburi perniagaan.
Pada masa mendatang, jenama ini bercadang menyediakan vending machine di beberapa lokasi terpilih bagi memudahkan pelanggan mendapat produk dengan segera.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!