Berita
“Kalau Boleh Biar La Sakit Mengandung Tu Suami Yang Tanggung...”- Fizi Ali
Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali akui tidak sanggup melihat kesakitan yang perlu ditanggung isterinya, Shakilla Koriri yang kini sedang hamil.
Menurut Fizi, jika boleh dia mahu segala kesakitan itu biarlah ditanggungnya.
“Kalau boleh biar la sakit orang mengandung tu suami yang tanggung..tak sampai hati tengok bila isteri kita muntah2,batuk,sesak nafas..lagi2 masa dia mengandung..,” tulisnya.
Fizi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto Shakilla yang sedang mengambil gas nebulizer di percayai di sebuah klinik.
Tambah Fizi lagi, dia berharap para suami yang lain terus melayan kerenah isteri yang hamil biarpun permintaannya tidak masuk akal.
“Harap para suami layankan je apa yang isteri nak bila mengandung tu..walaupun tak masuk akal..ikutkan je..korang bg semangat dekat @shakillakhoriri .. kesian dia,” katanya lagi.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Shakilla segera sembuh dan proses kehamilannya dipermudahkan.
Fizi mendirikan rumah tangga bersama Shakilla pada 18 Februari 2018.