Pelakon Tiz Zaqyah telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Tiz memakai blaus berwarna merah jambu berlatarbelakangkan sebuah kereta jenis pacuan empat roda (4WD).

"Whatever it takes," tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji kecantikan wajahnya.

Namun, apa yang lebih menarik ialah kelihatan seorang peminat meluahkan hasrat untuk membelikan Tiz sebuah kereta.

Tiz tidak berdiam diri malah terus membalas komen netizen tersebut.

"Aku kalau boleh nak belikan akak Myvi tahun 2006 cash. Aku nak akak Tiz tak susah," tulis netizen itu.

"Aduh. Dia mau beli Myvi pulak," balas Tiz.

Peminat itu turut membalas respon pelakon drama bersiri Nur Kasih ini.

"Tak adalah. Tak nak akak penat. So saya nak belikan akak Myvi tahun 2006 cash," tulisnya lagi.


Tiz mula aktif di industri hiburan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Whatever it takes. ? @zatyytajudin

A post shared by TIZ ZAQYAH (@tiz.zaqyah) on