,
Laman Utama

“Kalau Boleh Nak Cari Orang Kita La…” – Mamak Cari Pekerja

Fiza Kamarudin
06/08/2020
03:20 MYT
Pelawak Mamak Puteh mempelawa orang ramai menjadi sebahagian daripada keluarga Round Island Café yang bakal beroperasi tidak lama lagi.
Mamak ketika dihubungi Gempak berkata, dia seboleh-bolehnya mahu membuka peluang pekerjaan di kafe pertama miliknya itu kepada warganegara Malaysia.
“Kalau boleh saya nak cari orang kita la, orang Malaysia. Lebih mudah nak berkomunikasi dan tak banyak hal nak urus. “Buat masa ini Round Island Café memerlukan pembancuh air, pelayan dan pembakar ikan. Kalau ada yang berminat, bolehlah datang walk-in interview kami Ahad ini, bermula 10 pagi hingga 6 petang.
“Kriteria yang kami cari ialah mesti ada minat dan disiplin. Jadi bolehlah hubungi nombor yang tertera seperti yang saya iklankan,” katanya kepada Gempak.
Mamak memuat naik iklan tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya semalam, (Rabu).
[[BACA: “Jujur, Saya Buka Kedai Makan Nak Tambah Pendapatan, Takkanlah Nak…” – Mamak]]
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi sokongan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Mamak dalam menceburi bidang terbarunya itu. “Terima kasih kepada yang mendoakan dan memberi sokongan. Kalau nak pegi kedai Mamak yang tak ada kari, datang Round Island Café, satu-satunya kedai Mamak tanpa kari!,” katanya ketawa.
Round Island Café kini masih dalam proses ubah suai dan naik taraf sebelum dibuka sepenuhnya pada 30 Ogos ini.
Dalam pada itu Mamak turut mencari vendor yang ingin membuka gerai menjual makanan di kafe tersebut.
"Sesiapa yang nak berniaga sekali, bolehlah buka gerai di Round Island Cafe. Nak jual Mee Udang ke, Rojak ke, Mee Rebus ke, Otak-Otak ke atau yang lain-lain, marilah bersama kami.
"Round Island Cafe mengalu-alukan kedatangan anda semua," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
Hiburan

Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin

gempak
08/08/2024
21:55 MYT
Usia rumah tangga yang sudah melebihi 10 tahun bukan jaminan akan kekal. Begitulah yang terjadi kepada pelakon, hos dan pelawak terkenal Indonesia, Andrea Taulany dan isteri, Rien Wartia Trigina.
Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
06/08/2024
07:55 MYT
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).