“Kalau Boleh Nak Cari Orang Kita La…” – Mamak Cari Pekerja
Fiza Kamarudin
06/08/2020 03:20 MYT
06/08/2020 03:20 MYT
Pelawak Mamak Puteh mempelawa orang ramai menjadi sebahagian daripada keluarga Round Island Café yang bakal beroperasi tidak lama lagi.
Mamak ketika dihubungi Gempak berkata, dia seboleh-bolehnya mahu membuka peluang pekerjaan di kafe pertama miliknya itu kepada warganegara Malaysia.
“Kalau boleh saya nak cari orang kita la, orang Malaysia. Lebih mudah nak berkomunikasi dan tak banyak hal nak urus.
“Buat masa ini Round Island Café memerlukan pembancuh air, pelayan dan pembakar ikan. Kalau ada yang berminat, bolehlah datang walk-in interview kami Ahad ini, bermula 10 pagi hingga 6 petang.
“Kriteria yang kami cari ialah mesti ada minat dan disiplin. Jadi bolehlah hubungi nombor yang tertera seperti yang saya iklankan,” katanya kepada Gempak.
Mamak memuat naik iklan tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya semalam, (Rabu).
[[BACA: “Jujur, Saya Buka Kedai Makan Nak Tambah Pendapatan, Takkanlah Nak…” – Mamak]]
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi sokongan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Mamak dalam menceburi bidang terbarunya itu.
“Terima kasih kepada yang mendoakan dan memberi sokongan. Kalau nak pegi kedai Mamak yang tak ada kari, datang Round Island Café, satu-satunya kedai Mamak tanpa kari!,” katanya ketawa.
Round Island Café kini masih dalam proses ubah suai dan naik taraf sebelum dibuka sepenuhnya pada 30 Ogos ini.
Dalam pada itu Mamak turut mencari vendor yang ingin membuka gerai menjual makanan di kafe tersebut.
"Sesiapa yang nak berniaga sekali, bolehlah buka gerai di Round Island Cafe. Nak jual Mee Udang ke, Rojak ke, Mee Rebus ke, Otak-Otak ke atau yang lain-lain, marilah bersama kami.
"Round Island Cafe mengalu-alukan kedatangan anda semua," katanya.