Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

"Kalau  Boleh Nak Elak Watak Kebudak-Budakkan" - Harris Alif

Asraf Aided 03/04/2019 | 11:15 MYT
Penyanyi, pelakon dan pengacara muda, Harris Alif, 20 mahu lebih berhati-hati dalam memilih watak lakonan yang ditawarkan.
Menurut Harris, dia tidak mahu watak yang menampakkan imej kebudak-budakkan seakan di zaman awal kemunculannya dalam industri hiburan.
"Saya akui bukan mudah untuk lari dari imej dan penampilan kebudak-budakkan, kerana saya mula muncul ketika usia kecil, orang akan sentiasa teringat imej saya di waktu itu.
"Perkara yang sama juga dialami oleh Aedy Ashraf dan Fimie Don yang masih dilihat sebagai kebudak-budakkan seperti zaman awal kemunculan mereka.
"Bagi saya, untuk lakonan, kalau boleh saya nak elakkan watak kebudak-budakkan dan memilih watak yang lebih dewasa agar penonton boleh 'move on' dari imej saya yang terdahulu," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Harris telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Pencinta.
Single tersebut adalah ciptaan sepenuhnya dari penyanyi, penulis lirik dan komposer terkenal, Ajai.
Ia boleh di dapati di semua platform digital, lirik videonya juga telah mula ditayangkan di YouTube.
#Harris Alif