Hiburan

“Kalau Boleh Saya Nak Dia Tinggal Dengan Saya” – Radhi OAG Mahu Tuntut Hak Penjagaan Anak

gempak
Azwa Rahman
29/01/2020
09:34 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Boleh Saya Nak Dia Tinggal Dengan Saya” – Radhi OAG Mahu Tuntut Hak Penjagaan Anak
Vokalis kumpulan OAG Radhi mengakui peluang untuk bersama anaknya semakin cerah apabila dia mahu menuntut hak penjagaan anak.
Menurut Radhi atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali, 42, menegaskan dia tidak puas apabila hanya dibenarkan untuk melawat anaknya sahaja.
“Bila lepas saya bercerai hari tu, saya berhenti ambil segala benda terlarang selama tiga bulan untuk tunjukkan saya komited untuk berubah. Bekas isteri dan keluarga tak datang pun bawa anak berjumpa dengan saya.
“Sekarang saya dah pindah rumah, saya dah sediakan ruang yang terbaik untuk anak saya dengan harapan saya ada peluang untuk bersama anak. Anak adalah kekuatan saya. Bila saya dapat hak penjagaan anak nanti, ia sangat membantu saya,” ujar Radhi kepada Gempak.
Radhi ditemui ketika majlis sidang media pelancaran single terbaru dan konsert jelajah OAG yang berlangsung di Eve Suite, Ara Damansara pada Selasa.
Tambah Radhi, dia tidak pernah berhenti memberikan nafkah setiap bulan Cuma apa yang dia mahukan sekarang adalah membawa anaknya pulang ke rumah.
“Keluarga bekas isteri pula ada tiga rumah. Kadang saya pergi ke rumah ni, tiada orang. Pergi rumah lagi satu, pun tiada orang. Saya call, tak berangkat. Sekat nombor telefon tu standard la.
“Saya reda, saya nak jumpa anak cara baik. Sebelum ni situasi saya dan bapak mertua agak tegang. Bila saya nak bawa anak saya, mereka tak percaya sebab saya bekas penagih dadah. Tapi minggu lepas bapa mertua saya meninggal dunia, Insya-Allah peluang untuk saya dapatkan balik anak saya tu cerah,” jelas Radhi lagi.
Dalam perkembangan lain, Radhi kini telah melancarkan single terbaru berjudul Ori. Malah, OAG akan mengadakan konsert jelajah ‘202OAG A New Beginning’ yang akan diadakan di 3 lokasi iaitu Johor Bharu pada 8 Februari 2020, Ipoh pada 22 Februari 2020 dan Kuala Lumpur pada 23 Februari 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024