Laman Utama

“Kalau Border Buka Berguna, Negara Lain Tak Macam Kita,” - Nourul Pesan Jangan Hilang Kad Vaksin, Penting!

gempak
Mya Amri
29/09/2021
09:12 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Border Buka Berguna, Negara Lain Tak Macam Kita,” - Nourul Pesan Jangan Hilang Kad Vaksin, Penting!
Penyanyi Nourul Depp menasihatkan orang ramai supaya menyimpan kad vaksinasi dengan baik.
Nourul menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya berkongsi kepentingan kad vaksinasi.
Menurut Nourul, kad vaksinasi itu sangat penting untuk kegunaan ketika berada di luar negara kerana mereka tidak menilai sijil vaksinasi lengkap secara digital atau pun atas talian.
“Kad vaksinasi ni jangan hilang, nanti kalau border dah buka berguna sangat-sangat. Sebab negara lain takkan upload rekod vaksin. Jadi kita perlukan ini. Terima kasih Malaysia. Sangat berguna,” kongsinya.
Untuk pengetahuan, Nourul kini berhijrah ke Bali, Indonesia bagi memenuhi impian suaminya kerana sebelum ini dia pernah tinggal di sana selama dua tahun.
Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab telah mendirikan rumah tangga bersama Eric Daniel Depp pada tahun 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6 dan Isabella, 2.
Nourul juga mempunyai seorang anak bersama bekas suaminya iaitu penyanyi Ajai, Ayu Nazirah, 23.
Ayu bagaimanapun tidak mengikuti ibunya ke Bali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live