Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Kalau Botak Pun Masih Cantik!" - Netizen Puji Kejelitaan Nonny Nadirah

Asraf Aided 04/10/2018 | 03:28 MYT
Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah berkongsi beberapa foto menunjukkan gaya rambut berbeza yang pernah digayakannya.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Nonny meminta cadangan dari netizen tentang gaya rambut terbaru yang patut digayakannya.
"Sebenarnya dah lama fikir nak potong rambut, okay ke tak?
"Gaya potongan mana yang sesuai, 'pixie cut', paras bahu atau kekalkan gaya potongan sekarang sahaja?" tulisnya sebagai kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi respon positif dan mencadangkan gaya rambut berbeza mengikut pendapat mereka.
Lebih menarik perhatian apabila seorang netizen mengatakan Nonny masih kelihatan cantik walaupun dia membotakkan kepalanya.
"Nonny kalau botak pun masih cantik," tulis netizen tersebut.

Sblm tido.. hmm actually dah fikir lama dah nak potong rambut.. acih ke tak? pixie cut? paras bahu? or maintain yg skrg? tapi suka gila rambut pendek.. cane eh???‍♀️ Pic num berapa yg okay?.. xpelah.. nk try tido dlu.. esok sambung fikir.. haha.. . Goodnight everyone ♥️ #nonnynadirah #nonnycliques #iwanttocutmyhairagain

A post shared by Nonny Nadirah binti Zainuddin (@nonnynadirah) on

Nonny pernah menyertai pertandingan Akademi Fantasia musim kelima pada tahun 2007 seangkatan bersama Mila Jirin, Aizat Amdan dan Heliza Helmi.
#Nonny Nadirah
;