“Kalau Buat Silap Over & Over Again, Kamu Tentu Bermasalah” - Caprice Ulas Isu Penahanan Aliff Aziz

Hanafis Haris
November 12, 2019 08:54 MYT
Penyanyi rap Caprice tampil memberi pendapat berhubung kes penyanyi Aliff Aziz yang ditahan Pasukan Polis Singapura (SPF), kelmarin.
Pandangannya itu dikongsi menerusi satu posting video di Instagramnya semalam.
Menurut Caprice, dia merasakan jika seseorang itu selalu melakukan silap berulang kali, maka individu tersebut mungkin mempunyai masalah.
“Kalau tiap kali kita buat salah tapi kita belajar daripada itu, Alhamdulillah.
“Namun, jika kerap berulang kali buat salah, memang ada yang tak kena dengan kamu,” katanya.
Tambahnya, individu seperti itu juga perlu mendapat pertolongan dari pelbagai aspek.
“Pertama daripada rakan dan keluarga. Kedua adalah golongan profesional tidak kiralah doktor atau ustaz.
“Ketiga adalah paling penting minta pertongan dari Allah,” katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan Caprice.
Terdahulu, viral di media sosial memaparkan video seorang pelakon dipercayai Aliff Aziz bergelut dengan anggota SPF.
Pihak SPF kemudian mengesahkan mereka telah menahan Aliff Aziz kerana mengganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk semalam.
BACA: "Nafas Berbau Arak" - Polis Singapura Tangkap Aliff Aziz Buat Kecoh Di Orchard Road
#Kontroversi #Aliff Aziz #Caprice