Berita
“Kalau Bukan Wawa, Aeril Yang Muntah…”- Wawa Zainal Dedah Suami Mabuk & Mengidam!
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan suaminya, Aeril Zafrel mengalami alahan dan mengidam ketika dia kini sedang hamil.
Menurut Wawa, dia perlu menyediakan beg pastik di dalam kereta kerana dia dan Aeril sama-sama akan mengalami mabuk.
“Hahahaha plastik kena standby dalaam kereta! kalau bukan Wawa yang muntah Aeril! kesian pun ada happy pun ada! rasa kan apa yang ku rasa korang ada pengalaman macam ni tak? suami yang mabuk,” tulisnya.
Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Wawa memuat naik video Aeril yang dipercayai sedang mabuk di dalam kereta.
Dalam video tersebut, Wawa sempat mengusik suaminya yang didakwa sedang mengidam
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan gelagat pasangan tersebut.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.