Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kalau Busy Cakap, Janganlah Buat Macam Ni,” - Dada Sakit Tahan Marah, Aishah Terkilan Designer Buat Hal Dengan Baju

Mya Amri
29/05/2022 03:50 MYT
Penyanyi Aishah meluahkan kekesalan terhadap sikap seorang pereka fesyen yang seolah-olah mengambil mudah dalam penyediaan busana untuk persembahannya.

Aishah mendedahkan perkara itu menerusi dua posting di akaun Instagram miliknya.

Menurut Aishah busana yang diminta tidak disiapkan mengikut tarikh ditetapkan.

“Hari yang sangat mencabar, feeling seriously let down. Dalam 36 tahun menyanyi, satu perkara saya pelajari ialah jangan naik pentas dalam keadaan marah.

“Tapi saya totally lost it. Cuma kerana satu benda... BAJU. Allahuakbar, seems petty right tapi ia sangat memberi tekanan.

“Bermula dari minggu kedua Syawal dah diberitahu nak pakai 14hb, 13hb baru wassap sketch dan kononnya nak proceed.

“Okay kira terlepas pandang tarikh la. Kemudian saya kata okay, saya pakai baju spare, tapi kena siapkan baju untuk persembahan 15hb di Shah Alam.

“Sampai jam lewat 11 malam mereka datang, baju yang di sketch tu tak ada. Yang ada, baju ready to wear dari mana pun tak tau.

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Menurut Aishah disebabkan perkara itu, dia terpaksa menahan marah sehingga mengalami sakit dada dan panik.

“By then dada saya dah semput, panicking and frantic. Berterabur fokus untuk perform. Seriously, sampai malam dada sakit kerana marah-marah. BP pun mesti naik.

“Macam mana time management korang. Semua orang pun busy tapi yang mula-mula approach saya untuk buat baju pun korang,” jelasnya.

Tambah Aishah lagi, tujuan bercerita mengenai kisah baju ini bukan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya mahu berkongsi pengalaman.

“Kalau busy cakap betul-betul, saya okay. Boleh baju lain dari orang lain. Tapi janganlah buat macam ni.

“Sedihlah orang buat macam. Bagitahulah awal-awal, boleh kita cari alternative. Sekadar berkongsi pengalaman bukan nak memburukkan sesiapa,” kongsinya.

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

#Pereka Fesyen #Aishah #Busana #Designer #Pereka Fesyen Buat Hal
;