Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Kalau Company Tu Bapak Kita Punya Bolehlah Nak Self Lockdown” - Janna Nick Marah PKP3.0, Risau Kes Mencanak

Azwa Rahman
23/05/2021 05:59 MYT
Pelakon Janna Nick meluahkan rasa marah dan kecewanya apabila pihak kerajaan tidak mahu mengenakan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) penuh ataupun full lockdown bagi mengekang penularan COVID-19.

Menerusi laman sosial Instagram, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkongsi luahan kekecawaan itu untuk tatapan umum.

Self lockdown? Ntah la nak. Kalau company tu bapak kita punya bolehlah self lockdown. Kalau tak, selagi tak positif selagi tu lah terpaksa keluar bekerja.

“Lagi satu, ingat berlakon ni boleh pakai mask ke? Ntah la, bukan nak merungut, kita ni risaukan orang lain, family. Takut kita ni jadi silent carrier,” luah Janna di ruangan kapsyen.

Menurutnya lagi, pelaksanaan PKP3.0 kali ini dirasakan tidak akan menurunkan jumlah kes yang sudah mencecah hampir 7,000.

“Sekarang dah nak dekat lima angka, nak keluar pun takut. Paranoid. Bermacam jenis sanitizer dan spray kita bawak. Tak keluar pergi kerja kang kena saman pulak sebab langgar kontrak.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


“Kes dah mencanak-canak, tetap taknak total lockdown. Kita semua tahu pelaksanaan MCO3.0 ni tak akan turunkan kes pun. Sorry membebel, i'm just pissed off and sad,” kata pelakon yang juga bergelar penyanyi ini.

Malah, Janna turut mendoakan keselamatan dan kesihatan pada mereka yang terpaksa keluar bekerja demi mencari rezeki.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriri dan pengikut menyokong luahan Janna.

Ada yang turut memberikan kata-kata semangat padanya yang turut terpaksa keluar bekerja.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 80,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Pada sidang media KKM bersama MKN semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKP3.0 dengan SOP yang diperketatkan.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah turut mencadangkan orang ramai untuk melakukan self lockdown sebagai langkah untuk menurunkan lekuk kes jangkitan.
#Janna Nick #PKP3.0 #self lockdown