Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kalau ‘Dada’ Saya Kecil, Saya Yakin Saya Pakai Apa Pun Semua Tak Akan Peduli” - Leona

Gempak
05/06/2023 07:50 MYT
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona memohon agar netizen dan orang awam tidak terus mempedulikan pakaian yang digayakan setiap hari.

Leona menerusi deretan ciapan di Twitter berkata, apa yang dia pakai tidak memberi kesan kepada sesiapa pun.

BACA: "Sekarang Saya Risau Jika Leona Jenis Yang Bodoh Setiap Hari" - Azhar Sulaiman Luah Perasaan Sedih Anak Selalu Bikin Kontroversi

“Tolong berhenti untuk terkesan dengan apa yang saya pakai. Saya mohon kamu mengambil tahu isu yang lebih penting.



“Apa yang saya pakai tidak memberi kesan kepada sesiapa pun. Badan saya, pilihan saya… ia masalah saya dan tiada kena mengena dengan setiap daripada kamu.

BACA: Isu Berbikini Ketika Mandi Sungai, Pihak Pengurusan Leona Beri Kenyataan: “Saya Bukan Menyokong Perbuatan Leona, Tapi…”

“Kalau tak suka apa yang kamu tengok, jadi janganlah tengok! Sekat saya sahaja. Saya secara jujurnya tidak peduli tentang pendapat kamu terhadap tubuh saya,,” katanya.

Dalam pada itu, Leona turut menafikan yang dia pergi ke kelab seperti apa yang dikecohkan oleh orang ramai.

“Dan berhentilah sebar berita palsu. Saya tidak kongsi video saya di kelab. Saya berada di Summer Ball di universiti saya,” katanya lagi.

BACA: Azhar Sulaiman Tak Sempat Tengok Video ‘Bikini Putih’ Kasih Iris Leona - “Saya Berasa Bersyukur Sangat…”

Dalam pada itu, Leona sempat berkata yang jika dia mempunyai dada yang kecil, dia yakin orang ramai tidak kisah dengan apa yang dipakai.



Terdahulu, Leona mencuit perhatian netizen apabila dia mengenakan sepasang pakaian renang ketika mandi manda di sebuah sungai.

#Azhar Sulaiman #Kasih Iris Leona #Luah Perasaan
;