Kalau Dah Emak Bapak Dia Ahli Gusti….Anak The Rock Tandatangan Kontrak Dengan WWE!
Fiza Kamarudin
21/05/2020 14:00 MYT
21/05/2020 14:00 MYT
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Itulah perumpaan sesuai diberikan kepada anak perempuan The Rock atau Dwayne Johnson dikenali sebagai Simeone Johnson yang kini bergelar ahli gusti.
Simeone yang baru berusia 18 tahun itu telah menandatangani kontrak bersama WWE dan perkara tersebut didedahkan sendiri bapanya menerusi program The Tonight Show.
“Ya, Simone telah memulakan latihan awal tahun ini dan telah menandatangani kontrak bersama WWE pada Februari lalu.
“Saya terkejut pada mulanya tetapi saya berbangga dan berbesar hati kerana anak perempuan saya ingin mengikut jejak langkah saya.
“Saya tak kisah kerana apa yang penting buat saya ialah dia sendiri tentukan kariernya,” katanya menerusi sesi temuramah program tersebut.
*Ibu Simeone, Dany Garcia*

Untuk pengetahuan, ibu Simone, Dany Garcia, yang juga bekas isteri The Rock juga merupakan seorang ahli gusti sebelum ini.
Malah, Simeone merupakan generasi keempat Johnson menyertai WWE dimulakan dengan moyangnya Peter Maivia, datuknya Rocky Johnson dikuti bapanya Dwayne Johnson.