“Kalau Dah Namanya Lelaki Ni…” - Sharnaaz Ahmad

Gempak
Mac 13, 2024 05:40 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan pendapat mengenai situasi di mana kaum lelaki menjadi sasaran dipersalahkan tanpa mengetahui apa alasan di sebalik situasi berkenaan.
Luahan tersebut dibuat menerusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini.
“Kalau dah nama lelaki ni, sampai mampuih pun orang akan tetap salahkan. Tapi orang tak akan pernah tanya kenapa dia marah atau buat macam tu.
“Hey kawan, teruskan biar mati kita bermakna satu hari kelak. Salam Ramadan,” katanya.
Menerusi hantaran berkenaan, ramai yang memuji penampilan terbaharu Sharnaaz apabila dramatis popular itu tampil dengan potongan rambut baharu.
Ada yang memujinya penampilan Sharnaaz persis pemain bola, kevin de bruyne dan ada juga yang menyamakannya dengan aktor Leonardo DiCaprio.

BERITA TRENDING: “Kena Beritahu Kita Single” - Amelia Christie Akui Sudah Solo, Mahu Cari Lelaki Sopan Santun

BERITA TRENDING: “Perempuan Ini Takkan Tolak Ansur Selagi Kau…” - Sharnaaz Ahmad Kongsi Tips ‘Co-Parenting’ Dengan…

#Sharnaaz Ahmad