Laman Utama
“Kalau Dah Sangap Sangat…”- Pelajar Dakwa Guru Galak Rogol, Michael Ang Berang!
Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang berang selepas mendapat tahu seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah didakwa bergurau keterlaluan sehingga seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.
Menurut Michael perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku dan mempertikaikan kredibiliti guru tersebut.
“Sesiapa sahaja guru yang ajar kelas budak ni dan buat joke tu I have one thing nak cakap kat cikgu tu! “Kau dah kenapa gila. Kau graduate dari jamban mana?” persoalnya.
Michael berkongsi luahan tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Michael memuat naik video seorang pelajar yang mendedahkan perbuatan guru tersebut di laman TikTok sehingga ia menjadi tular sejak beberapa hari lalu.
Dakwa pelajar berkenaan, pada mulanya pembelajaran tersebut berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut sehinggalah guru itu memulakan gurauan mengenainya.
Michael yang amat berang dengan apa yang berlaku meminta guru tersebut diberhentikan tugasnya segera.
“Anyway bawah 18 atau atas 18 ke rape and sexual harassment should not and never should happen to anyone girl ataupun boy! kalau dah sangap sangat DIY aje atau tengok aje porn! apoooooo! luv u all n stay safe!
“Apa-apa pun, please ban the teacher to ever teach again!” tegasnya.
Video dan isu pelajar tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuk Ahli Perlimen Pandan, Dr Wan Azizah Ismail yang menggesa Kementerian Penddidikan Malaysia (KPM) segera menyiasat dakwaan mengenai kelakuan guru mata pelajaran pendidikan jasmani itu.