Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Kalau Dia Buka Mulut, Saya Keluarkan Kenyataan Dengan Bukti” – Hana Azraa

Fiza Kamarudin 28/01/2020 | 13:49 MYT
Isteri kepada Pencetus Ummah Abu Sufyan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan berserta bukti sekiranya suaminya itu ‘buka mulut’.
Kenyataan tersebut dibuat Hana di laman sosial Instagram (IG)nya menerusi ruangan Instastory semalam (Isnin).
“Saya juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berserta bukti selepas dia buka mulut,” tulisnya.
Bagaimanapun menurut laporan Mstar Online, Hana enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Katanya, dia mahu berehat dan menjauhkan diri daripada unsur negatif.
Hana turut meminta dirinya selamat melahirkan bayi mereka pada bila-bila masa sahaja
Terdahulu, Hana mendakwa Abu Sufyan atau lebih dikenali sebagai PU Abu bermain kayu tiga ketika dia sedang hamil anak sulung mereka.
Dia juga telah mededahkan foto seorang wanita tidak bertudung di IGnya dan mendakwa wanita tersebut sebagai skandal suaminya.
Sumber: mStar Online
#Hana #Curang #PU Abu #Azraa
;