BERITA
“Kalau Dia Cari Orang Lain Juga, Dua-Dua Aku Laga Ke Dinding”- Isteri Warning Lan Solo
Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Hassim beri amaran kepada suaminya supaya tidak cuba berlaku curang selepas segala pengorbanan yang dilakukan.
Menurut Sheila dia telah bertungkus-lumus menguruskan Konsert Lan Solo Next Level di Matic baru-baru ini supaya semua berjalan lancar.
Kesibukkannya itu hingga dia tidak sempat minum mahupun bergambar dengan suaminya sempena kejayaan konsert pertama Lan itu.
“The one and only gmbr berdua kami masa di Matic. Ini pon candid..
“Masa LS (Lan Solo) menang gv dulu pon KY (Sheila) tiada gambar onstage.
“Now showcase sendiri pun tiada gambar kenangan juga!
“Air teh tu dari panas sampai sejuk tak sempat-sempat jugak nak sedut. KY curi rehat masa solat je.. Lepas tu, kerja balik.
“Priceless moment...Kalau dia cari org lain juga...tak tahu lah nak kata apa..! Dua-dua aku laga ke dinding..!!! Awas!”tulisnya berseloroh.
Sheila berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama dia telah memuat naik foto Lan yang memeluknya dari belakang ketika berada di belakang pentas sewaktu konsert berlangsung.

Rata-rata pengikutnya terhibur dengan amaran manja Sheila dan turut mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009.
Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3 dan Quxandra, 1.