"Kalau Dia Masih Hidup Mesti Dia Perambat Aku Dengan Rotan Tengok Aku Jadi Artis" - Erma Fatima

Elrafaei Sapi
Januari 28, 2019 15:27 MYT
Setiap manusia mempunyai sejarah dalam hidup termasuk pelakon popular, Erma Fatima yang mempunyai cerita tersendiri di sebalik namanya.
Jelasnya, namanya diberikan moyangnya dahulu yang merujuk pada nama anak Rasulullah S.A.W.
Selebriti yang popular dengan panggilan Mak Cun ini berkongsi kisah silam mengenai namanya di media sosial yang turut menarik perhatian netizen.
"Dia timang aku masa kecik2 sambil kata bila besaq nanti jadi ustazah yer. Kalau dia masih hidup mesti dia perambat aku dgn rotan tgk aku jd artis," katanya menerusi Instagramnya, ermafatima, hari ini.
Netizen turut terhibur dengan status selebriti itu yang menghiburkan peminat.
"xjd perembat tgk cucu dia jd primadona malaya," kata netizen @parisha_paris.
Rupanya memang ada netizen yang mempunyai minat untuk bertanya soalan yang sama mengenai sejarah nama artis itu.
"As long as rezeki yg halal, sy jadikan mokcun sebagai idola sy dlm bidang bisnes. Berdiri kuat di atas kaki sendiri, doakan sy berjaya mcm mokcun," kata netizen @lacebynabh.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @ermafatima
#Erma Fatima #Mak Cun