Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Kalau Dia Tak Nak Saya Pakai Ketat Saya Tak Pakailah" - Syifa Melvin

Shahrin Zulkifle 11/12/2022 | 04:00 MYT

Selepas bergelar isteri, selebriti media sosial, Syifa Melvin menjelaskan tiada sebarang ketetapan daripada pelbagai sudut mahupun aspek pemakaian yang diminta oleh suaminya, Safawi Rashid.

Jelas Syifa, dia dan suami sentiasa bersikap terbuka selain sudah memahami kemahuan antara satu sama lain.

“Kami berdua sangat terbuka antara satu sama lain, tidak pernah untuk menetap sesuatu selepas kahwin untuk tidak buat itu atau ini. Even daripada segi pemakaian.

“Cumanya kalau nanti Safawi tak nak saya berpakian ketat saya tidak akan pakai ketat lah.

“Begitu juga kepada Safawi, saya tidak pernah menetapkan sesuatu perkara tertentu untuk dia, kami faham each other. Dia tahu apa saya tak suka, saya tahu apa dia tak suka.

“Kami kahwin bukan maksud kami bersatu, kami kahwin untuk saya jadi peneman dia dan begitu sebaliknya. Saya tak perlu jadi dia,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan berbulan madu bersama bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim itu, Syifa berkata perkara tersebut bukan menjadi keutamaan mereka buat masa ini.

Ini kerana, Syifa mahu suaminya itu memberikan fokus penuh kepada satu perlawanan penting yang bakal berlangsung hujung tahun ini.

“Penghijrahan kelab Safawi yang baharu insyallah saya akan ikut, sebab iya la kami dah kahwin kan. Saya nak sentiasa jaga, support dan berada di samping dia.

“Mengenai bulan madu saya dah bincang lama dengan suami, untuk dia fokuskan dulu pada bola sebab hujung tahun ada kejohanan besar, jadi bulan madu tak plan dulu, Insya-Allah akan rancang selepas itu,” tambahnya.
#Kahwin #Syifa Melvin #Safawi Rashid
;