,
Berita

"Kalau Diberi Makan & Minum, Dia Muntah" - Ezad Lazim Masuk Hospital Lagi

Rozaimi Zubaidi
27/11/2018
05:50 MYT
Penyanyi Ezad Lazim sekali lagi telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan akibat penyakit Gastroesophageal Reflux Disease (Gerd).
Menurut isterinya, Zeana Ramli memaklumkan bahawa keadaan Ezad semakin stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya namun bacaan paras gula dalam darahnya masih tinggi.
"Daripada apa diberitahu doktor, bacaan paras gulanya masih tinggi dan perlu dikawal.
"Kalau diberi makan dan minum, dia muntah. Satu masalah suami saya adalah, dia akan cepat panik bila keadaan ini berlaku dan itu menjadikan penyakitnya bertambah teruk.
"Dia jenis suka makan. Jadi, selepas ini, saya akan lebih tegas dalam memilih makanan yang sesuai untuknya.
“Selalunya, saya akan masak kerana saya tahu apa yang dia boleh dan tak boleh makan. Kalau makan di luar pun, saya akan pilih makanan yang sesuai," katanya.
Ezad menghidap kencing manis sejak sebelum berumah tangga manakala penyakit Gerd yang dihadapinya mula dikesan pada 2016.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”

gempak
15/10/2024
01:19 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali sekali lagi mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini.
Hiburan

"Ramai Yang Tak Sedar Kekurangan Diri, Akhirnya ..." - Luqman Podolski

gempak
14/10/2024
18:32 MYT
Tidak sedar dengan kemampuan diri dan menganggap segala-galanya akan beres merupakan antara sifat yang sering membelenggu segelintir daripada ahli masyarakat.
Hiburan

Amir Masdi Lancar Album Kedua AM:PM, Rakam 12 Lagu & MV Di UK!

gempak
13/10/2024
18:29 MYT
Penyanyi terkenal, Amir Masdi melancarkan album kedua yang diberi nama ‘AM:PM’, selepas kejayaan album solo pertama berjudul ‘Amir Masdi’ tahun lalu habis terjual dengan tiga kali cetakan.
Hiburan

Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - “Kadang-Kadang Saya Marah…”

gempak
12/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Aisyah Aziz mendedahkan dia sering menerima kritikan mengenai gaya pemakaian hijabnya.
Hiburan

Menyanyi Sambil Belanja ‘Six Pax’, Rain Buat Peminat di BSMF Tak Keruan

gempak
12/10/2024
11:55 MYT
Apa yang membuatkan penonton tidak senang duduk apabila penyanyi itu mula "belanja" otot badannya ketika menyanyikan lagu La Song.
BorakSeeni