“Kalau Diboikot Sebab Bersuara Untuk Kebaikan, Tak Apo Mi Reda…” - Syahmi Sazli
Mya Amri
07/08/2023 06:00 MYT
07/08/2023 06:00 MYT
Personaliti media sosial dan juga YouTuber, Syahmi Sazli reda sekiranya diboikot susulan perkongsian hantaran Facebook isterinya, Anissa Faizul berkenaan isu air di Kelantan.
Bagaimanapun, Syahmi juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak putus memberikan sokongan dan juga kata-kata positif.
“Kalau Mi dan Nissa diboikot sebab bersuara untuk kebaikan rakyat senegeri, tak apa Mi Reda… Yang mana masih ada bersama Mi, moga Allah membalas kebaikan semua,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi perkongsian di TikTok, Syahmi memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati dengan isu berkenaan.
“Di samping ni, Mi nak minta maaf kepada followers-followers yang ada terasa hati dengan perbuatan Nissa,” ujarnya.
Menerusi hantaran itu juga, Syahmi menjelaskan salah faham sesetengah netizen terhadap pendapat yang diberikan oleh isterinya.
Di bawah merupakan video penjelasan penuh Syahmi:
undefined
Terdahulu, Nissa berkongsi satu hantaran mengenai luahan seorang pengguna Facebook yang mengalami masalah air selama enam bulan.
Namun perkongsian Nissa itu telah disalah ertikan oleh segelintir netizen sehingga menyebabkan pasangan itu menerima banyak komen negatif.
Tidak mahu memanjangkan isu tersebut, Nissa sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook miliknya.