Aktres Izreen Azminda kini sedang sarat hamil enam bulan, hasil perkahwinannya dengan pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017.

Merupakan kandungan kedua bagi Izreen, pelakon itu berkongsi kepada HLive perbezaan yang dia rasakan berbanding kehamilan pertama.

"Kalau dulu, saya boleh bekerja dan berlakon sehingga kandungan memasuki bulan ketujuh. Keadaannya sangat berbeza dengan kehamilan kedua.

"Mungkin kerana peningkatan umur dan juga mungkin kerana saya kerap mengalami pendarahan di awal kehamilan," kata Izreen.

Tambah Izreen, dia juga berjumpa doktor setiap minggu di awal kehamilan.

"Saya tak boleh berdiri lama, tak boleh berjalan jauh. Saya sangat risau dan setiap minggu berulang untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

"Sekarang ini, Alhamdulillah, kandungan semakin sihat dan semoga proses melahirkan anak nanti dipermudahkan," kata Izreen lagi.

Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang pengarah, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri dan Ariq Murqi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).