Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Kalau Dulu Jatuh Ada Orang Bantu, Sekarang Harus Berhati-Hati Kerana..." - Nora Ariffin

Asraf Aided
30/08/2018 08:54 MYT
Penyanyi terkenal Nora Ariffin atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 45, mendedahkan dirinya semakin kuat dalam menguruskan kerjaya dan kehidupan seharian selepas ketiadaan suami sejak 24 Mac tahun lepas.

Menurut Nora, dia kini semakin sibuk menguruskan kerjaya nyanyian dan perniagaan secara berseorangan.

"Saya tidak menafikan masih bersedih dengan ketiadaan suami, namun hidup harus diteruskan, Alhamdulillah, saya sudah berjaya tabahkan diri.

"Kalau dulu kalau saya jatuh atau dilanda kesusahan, arwah suami saya akan membantu, sekarang, saya harus berhati-hati dalam setiap tindakan kerana semuanya harus ditanggung berseorangan," ujarnya.

Nora ditemui di majlis pelancaran siri jelajah Jimba Fest Tour anjuran Warner Music Malaysia (WMM) dengan kerjasama Digi bertempat di pejabat urusan WMM pada selasa lepas.

Dalam perkembangan lain, penyanyi ini sedang sibuk membuat persiapan untuk melancarkan jenama fesyen bergelar House Of Nora yang akan mula berada di pasaran pada hujung tahun ini.
#Nora Ariffin
;