Penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi meluahkan rasa kerinduan terhadap arwah ibunya, Ramlah Sarlan yang telah meninggal dunia pada Jun lalu.

Ujar Mawi, dia hampir hilang arah apabila rutin hariannya bercakap dengan ibunya menerusi panggilan telefon setiap hari selepas tamat bersiaran di konti radio hanya tinggal kenangan.

"Selalunya selepas on-air lebih kurang pukul 10 pagi saya pasti akan menghubungi ibu saya untuk bercakap.

"Sekarang apabila dia sudah tiada, saya rasa serba kekurangan setiap kali selepas habis waktu bekerja. Rindu nak dengar suara mak...," katanya kepada Gempak.

Mawi yang ditemui pada sesi rakaman Ceria Megastar Ministar di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini bagaimanapun meluahkan rasa syukur dikelilingi oleh keluarga dan rakan sekerja yang sangat memahami.

"Saya cuba sibukkan diri. Selain itu, persekitaran dan rakan-rakan sekerja sangat membantu saya untuk mengurangkan rasa sedih," tambahnya.

Sama seperti selepas kehilangan arwah bapanya, Ani Ahmad sebelum ini, Mawi merancang untuk merakamkan sebuah single khas buat arwah ibunya juga.

"Memang saya ada plan untuk merakamkan lagu untuk arwah mak juga," dedahnya ringkas.

Sebelum ini, Mawi yang pernah mencetuskan fenomena Tsumani apabila menjuarai Akademi Fantasia 3 menghasilkan lagu berjudul Ayah... Aku Rindu Padamu sekitar 2010 yang didedikasikan untuk arwah bapanya.

Ibu mawi meninggal dunia ketika berusia 73 tahun akibat komplikasi beberapa penyakit dan sakit tua.

Foto: Carian Google