Pelakon Datuk Fizz Fairuz mempunyai alasan tersendiri mengapa dia tidak mahu memaksa isterinya, Datin Almy Nadia untuk menurunkan berat badan biarpun sering dikecam netizen.

Jelas Fizz atau nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin, sekiranya dia meminta Almy untuk menurunkan berat, dia berasa khuatir jika perkara itu akan menjadi satu tekanan dan beban kepada isterinya.

“Bila netizen kata yang agak negatif, saya ambil semua komen tersebut. Kalau nak bagi dia kurus, saya boleh je nak bagi kurus.

“Tetapi saya lebih kepada kesian dekat dia, sebab dia nak kena fikir untuk jaga anak, nak masak dan sebagainya.

“Kalau dia fikir berkenaan berat badan dan kurus, saya risau dia akan terbeban dengan itu.

“Untuk dia turunkan berat secara drastik memang tidak boleh, kena ambil masa dua hingga tiga minggu juga.

“Dia pula sejenis yang tak boleh duduk diam, ada sahaja kerja yang dia nak buat,” katanya kepada Gempak.

Fizz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya yang sebelum ini seolah tidak membenarkan Almy untuk kurus sehingga dia berkata sekiranya Almy berbadan kurus, aktor itu akan hamilkan semula isterinya.

Biarpun dikecam netizen susulan kenyataannya, aktor berusia 43 tahun itu menjelaskan dia tidak kisah dengan kritikan tersebut. Ini kerana hanya dirinya yang lebih mengenali isterinya.

Bagaimanapun, kata ayah kepada lima cahaya mata itu, dia sudah pun mempunyai perancangan untuk membantu isterinya kurus kelak.

“Bila orang salahkan saya, memanglah betul. Disebabkan ayat saya itu yang saya kata ‘saya tidak benarkan’.

“Terpulanglah mulut masing-masing, saya seorang public figure, jadi saya dah biasa. Lagipun yang jaga dia saya. Saya tahu isteri saya seorang yang bagaimana.

“Saya tahu macam mana nak jaga kesihatan dia, orang luar. Sebab salah satunya adalah faktor kesihatan.

“Tipulah kalau tak nak bagi dia kurus, perancangan itu ada. Insyallah tunggu dalam masa terdekat ini. Kalau ada dah tak menyusu, dia nak kurus, saya bagi je.

“Orang dekat luar tunggu jela, badan dia kembali macam 2014, meletup gitu!,” tambahnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.