Laman Utama
“Kalau Gaduh Jangan Dok Post Kat IG Ayat Deep Perli...” - Suami Ummi Nazeera Kongsi 4 Kriteria Pilih Pasangan
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari berkongsi empat kriteria untuk memilih pasangan.
Izzar berkongsi perkara bermanfaat itu menerusi posting terbaharu akaun Instagramnya.
Menerusi posting itu juga Izzar menyarankan suami isteri yang mengalami masalah rumahtangga atau salah faham tidak perlu membuat coretan berbentuk sinis atau menyindir pasangan masing-masing di media sosial.
Advertisement
“Rasa-rasanya sejak sekolah lagi kot kita dah diajar mengenai perkara ni. Jadi ia bukan rahsia. Nak pilih pasangan kenalah betul-betul. Bukan pilih pasangan tu je semata-mata tetapi pilih keluarga dia juga.
“Kalau gaduh tu janganlah dok post-post kat IG ayat-ayat deep perli isteri atau suami. Jangan membanding-bandingkan pasangan dengan orang lain. Isteri always right. Happy wife, happy life,
“Ini sebenarnya empat kriteria yang Rasulallah SAW pesan kat kita. Hanya sebagai peringatan semua,” coretnya.
Berikut merupakan empat kriteria memilih pasangan yang dikongsi Izzar.
1.AGAMA
“Aspek terpenting untuk menjanjikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pilihlah pasangan yang mengamalkan ajaran agama Islam,”
2.KECANTIKAN / KETAMPANAN
“Beauty lies on the eyes of the beholder. Ukur kain di badan sendiri sama. Korang sendiri rasa okay, ons jelah. Tak payah dok banding dengan orang-orang kat IG, tambah filter je muka diorang tu,”
3. KETURUNAN
“Keluarga berperanan besar untuk mempengaruhi ilmu, akhlak, dan keimanan seseorang. Kalau ada masalah dengan isteri nanti, mesti dia block no phone atau unfollow IG etc.
“Jadi, si suami kenalah berhubung dengan keluarga mertua dia lah kan. So, berbaiklah dengan keluarga mertua sama.
“Keluarga mertua mesti akan support kita kalau kita betul-betul. Yelah, kan kita pun akan menyambung nasab keturunan depa juga (melalui anak-anak kita),”
4.HARTA
“Pilihlah pasangan yang setara harta dan darjat atau status sosial. Ini pun boleh jadi isu. Ada yang rasa superior atau ada yang rasa inferior kang. Banyak salah faham terjadi sebab isu ni,”
Terdahulu, Izzar telah mendirikan rumah tangga dengan Ummi Nazeera pada 23 Julai 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata Ayra Aneesa.
Must-Watch Video