Skip to main content

Berita Tempatan

"Kalau Gemuruh Ini Dah Masuk Minggu Keempat Tapi Kami Sebenarnya Penat Dan Tertekan" - Abata

abata.jpg
Saingan program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) semakin sengit apabila menyaksikan kumpulan Abata menjadi peserta tersingkir pada minggu keempat.

Salah seorang anggota kumpulan tersebut, Wann Wala mengakui persembahan terakhir mereka ini kurang bertenaga dibandingkan persembahan pada tiga minggu sebelumnya.

"Momentum ada lari sikit tapi kami sudah cuba buat yang terbaik. Kalau gemuruh ini dah masuk minggu keempat tapi kami sebenarnya penat dan tertekan," katanya kepada Astro Gempak.

Bagi rakannya, Alham pula memberitahu dia sendiri belum dapat menyesuaikan diri dengan situasi di MLM 2018.

"Saya pertama kali beraksi bersama Ilham. Jadi, Wan yang banyak memberi tunjuk ajar pada kami.

"Apabila merasa sendiri pengalaman ini, ia macam satu kejutan budaya. Alhamdulillah kami masih boleh teruskan persembahan sampai minggu keempat," katanya.

Jelasnya, mereka kurang faham mengenai corak permainan MLM 2018 dalam menarik perhatian penonton.

"Saya tanya pada orang lama, mereka memberitahu ada 'game play' pada setiap minggu untuk 'bermain' macamana. Itu kami tak dapat cari lagi," katanya.

Ilham pula menyatakan persembahan mereka kali ini juga mempunyai kesilapan. Bagaimanapun, mereka bertiga tidak mahu putus asa untuk meneruskan perjuangan sebagai pelawak.

"Nak bertanding dengan otai, nak sesuaikan diri susah sikit sebagai orang baru," katanya.

Alham juga percaya selagi Abata relevan dalam industri, mereka akan terus mencari peluang mana yang boleh untuk ketengahkan bakat berlawak.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement