Bekas vokalis kumpulan Handyblack, Zul telah memuat naik posting di laman sosial Instagram (IG)nya merujuk kepada situasi masa kini berkenaan kerisauan masyarakat tentang jemaah tabligh yang dijangkiti COVID-19.

Menerusi posting tersebut Zul seolah-olah memberi gambaran terhadap sikap segelintir masyarakat yang takut kepada jemaah tabligh.

Katanya, jika jemaah tabligh tidak dijangkiti wabak COVID-19 sekalipun, ramai yang akan mengelak daripada mereka.

“Tak payah buat-buat risau sangatlah…Kalau geng tabligh ni tak kena COVID-19 pun korang lari gak bila jumpa,” tulisnya.

Sementara di ruangan kapsyen Zul menulis kata-kata nasihat mengenai nikmat diberikan Allah SWT dan ujian diberi olehNYA.

Dia turut menegaskan Allah berkuasa manakala virus tidak ada kuasa.

“Allah kuasa, virus tak kuasa. Selama ni Allah dah kasi banyak nikmat sebagai ujian iman manusia.

Sekarang Allah kasi wabak pulak sebagai penguji IMAN manusia.Dengan nikmat bole mati, dengan wabak pun bole mati,” tulisnya.
View this post on Instagram

- ALLAH kuasa, virus tak kuasa... ? Selama ni Allah dah kasi banyak nikmat sebagai ujian IMAN manusia... Sekarang Allah kasi wabak pulak sebagai penguji IMAN manusia... Dengan nikmat bole mati, dengan wabak pun bole mati... ☝ LAA ILAAHA ILLALLAH.

A post shared by Da'i Allah swt (@zulhandyblack) on

Dalam perkembangan terkini seperti dilaporkan Astro Awani, sebanyak 37 kes baharu positif COVID-19 dikenal pasti di negara ini yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.

Ini menjadikan keseluruhan kes positif COVID-19 yang dikenalpasti ada kaitan dengan perhimpunan tabligh tersebut adalah 77 kes.

Terdahulu media melaporkan sebanyak 16,000 jemaah tabligh telah menyertai perhimpunan yang dianjurkan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.