Berita
"Kalau Hal Botak & Membotakkan, Jatuh Atas Bahu Aku" - Altimet Kongsi Kisah Lepak Dekat Barbershop
Penyanyi rap, penulis lagu dan produser, Altimet berkongsi pengalamannya ketika melepak di sebuah kedai Barbershop.
Menerusi entri di Instagram (IG), Altimet menjelaskan pengalaman yang ada pada dirinya ketika meluangkan masa di Barbershop memudahkan dirinya untuk mencukur rambut anak sedaranya.
"Kalau hal botak & membotakkan, jatuh atas bahu aku dalam famili ni. Haaa, meh sini pak long kau settlekan, Aryan.
"Tak sia-sia aku lepak Joe’s Barbershop selama ni. Kasi licin, baru hensem. Aryan, doa saya untuk kamu supaya jadi insan yang baik, macam mak ayah kamu.
"Jadi anak yang soleh, jadi anggota masyarakat yang bawa manfaat. Kalau nak cokelat ke, gula-gula ke, pergi main jongkang jongket ke roger je pak long, tau?
"Love u, bruh. #PakLong #uncletings #Cukurakumasihdisini," tulisnya.
Rata-rata memuji sikap penyanyang yang ditunjukkan oleh Altimet dan mendoakan kesihatan anak sedaranya itu supaya membesar dengan sihat.