Selepas memuat naik sedutan video remix lagu Hareudang di laman sosial Instagaram (IG)nya pada Rabu lalu, penyanyi rap Caprice mendapat pujian peminat.

Rata-rata mereka suka dengan nafas baru yang diberikan Caprice kepada lagu Hareudang atau judul asalnya Nestapa, nyanyian kumpulan Pasukan Perang dari Indonesia itu.

Kebanyakan mereka meminta Caprice memuat naik remix penuh Hareudang di laman sosial IG dan saluran YouTube, CapriceTV .

Ada juga yang meminta kebenaran Caprice untuk menjadikan sedutan rap Hereudang itu sebagai nada dering di telefon bimbit.

Tidak berdiam diri dengan pujian dan penghargaan diberikan peminat terhadapnya Caprice dilihat menjawab komen mereka.

Sempat bergurau, Caprice memberitahu kepada para pengikutnya di IG, versi penuh remix Hareudang akan dimuat naik sekiranya hantaran sedutan video yang dibuat dua hari lalu itu mencecah satu juta tontonan.

“Bro…buat full lagu Hareudang remix,” tulis seorang pengikut yang menggunakan nama @pokxpandey_xbole yang kemudiannya disokong oleh puluhan peminat lain.

“Kalau video ini cecah 1,000,000 Caprice release full song dan buat muzik video,” balas Caprice diruangan komen dalam nada gurauan (dilihat menerusi emoticon yang disertakan).

Setakat ini hantaran ‘Panas Panas Panas’ itu telah ditonton 762,000 kali dan dibanjiri lebih 3,600 komen oleh para peminatnya.

Maaf abang tak reti slow-mo. #hareudang #panaspanaspanas

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on