Laman Utama

“Kalau I Buat Tema Bollywood Untuk Wedding, Ada Yang Mengamuk Tak? Takut…” -Ernie Zakri

gempak
Fiza Kamarudin
21/08/2020
03:19 MYT
Sponsor Banner
“Kalau I Buat Tema Bollywood Untuk Wedding, Ada Yang Mengamuk Tak? Takut…” -Ernie Zakri
Selepas pelakon Mira Filzah menjadi perdebatan di laman sosial Twitter dan dilabel ‘cultural appropriation queen’, penyanyi Ernie Zakri pula menulis ciapan jika dia memilih tema Bollywood untuk majlis perkahwinannya nanti.
Walaupun Ernie berseloroh mengenai perkara berkenaan menerusi ciapan di Twitter, ia telah mencetus pelbagai reaksi di kalangan pengikut di laman sosial tersebut.
“Kalau nanti I buat tema Bollywood untuk wedding, ada yang mengamuk tak? Takut digelar cultural appropriation,” ciap Ernie. Rata-rata yang membalas memahami maksud ciapan penyanyi Boneka itu, turut meminta Ernie dan Syamel menyanyikan lagu Bollywood pada hari persandingan mereka nanti.
Bagaimanapun Ernie berkata mengapa perlu merumitkan perkara yang tidak pernah wujud sebelum ini.
“Persoalan saya, kenapa harus merumitkan perkara yang tidak wujud sebelum ini? Saya tanya je pasal Bollywood theme tu, bukan confirm nak buat by the way. Ok bye. Nak dengar lagu Nagada Sang Dhol jap,” katanya.
Menerusi ruangan komen, pengikut di laman sosial Twitter bersetuju di Malaysia rakyat hidup berbilang kaum dan mempunyai budaya yang unik. Ada juga yang memberi pandangan, tidak perlu terikut-ikut dengan budaya barat dengan mencetuskan terma cultural appropriation.
“Cina pakai Baju Kurung, India pakai Samfu, Melayu pakai Sari…Ini sudah berlaku sejak sekian lama di negara kita, dan ia bukan trend, tetapi budaya Malaysia yang unik!
“Tolonglah jangan wujudkan terma macam culture appropriation di Malaysia ni. Anda akan buat orang berbalah tentang perkara yang tak perlu. Kita berkongsi berbagai budaya di negara ini sejak sekian lama, tak ada apa yang perlu diperdebatkan,” komen beberapa pengguna Twitter.
Terdahulu, seorang pengguna di Twitter melabelkan Mira sebagai 'cultural appropriation queen' hingga mencetuskan ketegangan.
Isu tersebut menyebabkan Mira Filzah tampil membuat permohonan maaf.
[[BACA: Dakwaan Eksploitasi Pakaian Masyarakat India Demi Untung, Mira Filzah Mohon Maaf!]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live