Kumpulan Ruffedge mengakui bersyukur dengan penerimaan yang diberikan oleh orang ramai setelah hampir 11 tahun menyepi daripada dunia seni.

Menurut anggota kumpulan Ruffedge, Zain, mereka kini masih dalam perancangan untuk menghasilkan album terbaharu.

"Insya-Allah, kami masih dalam perancangan untuk keluarkan album setelah lama tidak menghasilkannya.

"Kami bersyukur kerana semua anggota Ruffedge terdiri daripada komposer dan penulis lirik jadi mudah untuk hasilkan lagu.

"Sebenarnya, kalau ikut hati dan nafsu memang setiap bulan nak buat album tapi bukan mudah untuk dilakukan.

"Album akan dikeluarkan tidak lama lagi dan sekarang pun kami sudah ada lima buah lagu jadi nantikan album kami," katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).